PROFILE

1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Perngerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia. Pada tahun 1967 sehingga pada 1982 beliau telah menjadi menteri besar johor. Atas sumbangan jasa beliau, nama beliau telah diabadikan bagi mengantikan nama SMK Batu 34, Pontian menjadi SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT. Pemasyhuran nama beliau telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Julai 2010 yang lalu. Semoga dengan pertukaran nama ini akan meningkatkan lagi semangat, keazaman dan iltizam warga sekolah untuk mencapai tahap yang lebih baik di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

 
go top google+ page facebook twitter rss